Monday, October 24, 2011

PRA + LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER (LIBK)

hi korang. tau tak libk ni ape? alaaaa, dia macam latihan ala ala askar but under kesatria negara. kena pergi libk ni untuk di iktiraf sebagai komander. cehhh dah jadi komander dah aku ni :P but then ingat senang ke nak jadi komander nih. LIBK ni macam gilaaa tau takk. penat tahap bangang. okay meh sini aku nak cerita day by day aktiviti aku kat sana.

DAY 1 (9/10) : time ni baru habis exam phy143 and then malam tu terus start pra libk. seriously tak tipu ptg tu aku nangis gilaa sebab tengok semua orang balik cuti sem. aku pulak kena stay 2 minggu kat sini. seb baik ptg tu mak aku dtg visit kejap. lepas laaa rindu jugak. hikhik. nah tengok lah muka sedih ni

muka elok lagi time nih. hahaha

DAY 2 (10/10) : pagi pagi dah kena bangun pukul 4. kalau lambat nanti kena denda. fuhhhh. tapi kalau aku tak lambat pun sama je. kena denda jugak sebab kalau sorang kena semua kena. unite laa katekan. hahha. after solat subuh kena lari satu uitm. penat gilaaa wehh. 1.4km kottt. nak tak nak kena lari jugakk. after that start laaa kawad kawad nihh sampai ke ptg. and malam tu ade laaa ceramah sikit2.

DAY 3 (11/10) : today dah start budak2 from uitm kedah and perak datang sebab kitorang tuan rumah. uitm perlis tak join sebab diorang ade lah hal diorang. hahaha. harini jugak kena pindah barang duduk dekat kolej zamrud. bilik kitorang asing asing which is macam kitorang separate aa duduk dengan uitm lain. macam roommate aku aku sorang je penang. sorang kedah sorang lagi perak. mula-mula memang lah susah nak rapat kan. dah lama okay laaa.

DAY 4 (12/10) : haaaaa. harini baru betul2 start LIBK. bangun pukul 4. kumpul 430. memang tak mandi lah kan. every pagi buat PT. pastu dah start belajar kawad dari pukul 9 sampai 1230. ade rehat 10 minit je. best kan? bila lunch dapat makan 5 minit je. memang kena makan laju2. pastu lari naik bilik tukar baju guna tangga. dah laaa tingkat 3. memang seronok lah kan. dah tu bagi 5 minit lagi. mana sempat wehhh. dah tu turun kena transsupport down (pumping) tengah2 panas. rasa macam nak melecur je tangan. sama jugak dengan malam. dia bagi 5 minit je tukar baju kurung dengan tak mandi busuk peluh pakai baju kurung. eeeeeeeee tai seb baik mlm tu duduk dalam aircond pastu semua orang tidur. hahaha.

DAY 5,6,7,8,9 : macam biasalah kena kawad. pastu rush rush tukar baju. kena pumping tengah2 panas. kena lari satu uitm. jemur tengah panas tu tak yah cakap lah kan. macam ni jelaa aktiviti harian aku. handphone tak boleh pegang sendiri so aku takde contact sesiapa punn 2 minggu nih. kalau pegang fon pun bukan nye ada masa nak msg2 orang. hahaha.

DAY 10 : setelah penat lelah belajar kawad, harini ade ujian kawad. kena hafal bahasa hukuman laaa ape lahh. but alhamdulillah everything okay. alhamdulillah jugak aku tercalon untuk jadi prep komander ( pelatih terbaik) baru calon ehh. banyak lagi ujian kena harungi. hahaha. sadly aku tak dapat. takpe lah takde rezeki nak buat macam mana. 

DAY 11 : harini pegi camping dekat hutan. Tandop Camp, Kedah. barulah dapat tengok dunia luar, terperuk kat dalam uitm tu je. hahaha. malang jugak aa kat sini. group aku dapat khemah yang dah nazak. khemah tu senget sebelah. dah laaa kecik. so kitorang decide tak nak tdo kat situ.hujan pulak tuhh. memang sadis gilaaa tengok khemah tuuu. dah nama pun camp, so kne laaa ikhtiar hidup. kitorang masak sardin, nasik, telur, air teh. group aku hebat masak so nasik takde laa yang tak masak rentung sikit jelaaa. hahaha. sedap tak sedap kena makan jugakkk. tapi best bila makan ramai tambah pulak perut memang tgh lapa. hahaha. malam tu ade nightwalk. aku pegang laaa spec aku lepak dekat baju. pastu bila nightwalk dah habis, tengok2 spec aku hilang. dah laaa tanah merah tauuu, malam pulak tu, confirm orang pijak dahh. hmmm. sedih jugak laaaaa. malam tu aku tido khemah kawan aku. satu khemah 7 orang. memang berhimpit laaa but tak kisah pun. kejap je. hahaha.

DAY 12 : harini pulak kitorang ade compass marching. masuk hutan beb. best gilaaaaa. memang adventure gilaaaa masuk hutan yang memang betul2 hutan. aku ade jumpa tempat babidok korek tanah. aku jumpa pacat. eeeeee kawan aku ade kena pacat, seb baik aku dok lompat2 so takde laaa kena. hehe. mula2 masuk hutan ingatkan sesat sebab banyak sangat halangan. alhamdulillah sampai jugakk. 2 jam jalan dalam hutan, sejam jln atas jalan raya. penat gilaaaaaa rasa macam nak putus kaki. dalam hati aku dok sebut nak sungai je. nak rendam dalam air. perghhh bestt. hahaha. gerak pukul 9 sampai pukul 12. bila sampai je kat check point ade sungai. perghhhh memang melompat lah aku nampak sungai. hahaha. papepun memang best gilaaa laaaa. GO PLATUN A GO !

DAY 13 : dah balik uitm dah. malamnye ade exam bertulis. dah laaa tak baca pape sangat punn. so memang malam tu aku jawab ala kadar jelaaa. siap boleh tidur lagi. HAHAHA. sakai enn. lepas habis exam tu memang ingat nak balik je.

DAY 14,15,: kitorang ade buat malam jasamu dikenang. so each group kena buat persembahan. group aku buat dikir barat. best jugak laaaa. komander2 semua sukaa. hahaha. and dalam day ni jugakk kitorang buat rehearsal untuk passing out 24/10 nanti. siap kawad dalam hujan yang lebat gilaaaaa. demi passing out aku sanggup buat ape je. hahaha.

DAY 16 : hari yang ditunggu-tunggu. passing out ! yeayyy dah bebas dahhh. dulu orang panggil bakal komander but now komander dahhh. heeeee. muka hitam tak payah cakap aa. memang takde orang nak kenal aku dah. hahaha. takpe aku terima seadanya :) to Mak and Abah, this is for you :)

Komander Rendah Muda Nur Zulaikha Zolkafli


BUKAN SENANG UNTUK MENDAPAT SESUATU KEJAYAAN TANPA USAHA YANG GIGIH. ALHAMDULILLAH I WIN IT. TITIK PELUH SELAMA 2 MINGGU. TO ALL KOMANDER SIRI 19/2011 CONGRATS TO ALL. KEEP IN TOUCH BEB ! PLATUN 1 ALWAYS IN MY HEART <3

p/s : muka saya hitam, tapi saya redha sebab saya dah jadi komander, hehe :) byeeeee :D

2 comments:

  1. babe . pumping tu nama die front support laa hehe

    ReplyDelete
  2. ehhh, mana aku tahu doe. tak dengar sangat dia cakap ape. HAHAHA

    ReplyDelete